#truestory – Berblog

Entri kali ni bukan bertujuan untuk menasihati sesiapa. Tapi lebih kepada berkongsi pengalaman aku berblogging dan pemerhatian dalam industri blog nih. Dulu, jumlah blogger di Malaysia tidak ramai, maka entri/artikel yang dihasilkan berkualiti dan mempunyai identiti sendiri. Tiada isu plagiat yang kronik. Tiap blog mempunyai hala tuju yang tersendiri.

Kini, jumlah blogger semakin meningkat dan meningkat. Kualiti bagi setiap entri/artikel semakin luntur, namun tidak semua begitu. Trafik dan pengiklanan yang melampau yang dikejar dan di idamkan. Jumlah blog yang semakin meningkat menyebabkan isu plagiat menjadi semakin parah dan kritikal. Walaupun beberapa plugin untuk mengatasi masalah ini telah digunakan namun tetap tidak mampu menyelesaikan isu plagiat ini. Tiap blog pasti mempunyai isu yang sama, jadi mood untuk blogwalking akan sedikit terganggu ditambah pulak dengan antaramuka/interface blog yang OMG!!! (Sila bayangkan sendiri)…

Berblogging amat digalakkan sbb tahap keterbukaan seseorg tuh semakin meluas. Nak berplagiat pon boleh tapi kene laa creditkan nama pemilik asal. Then tambah laa sikit2 point sendiri. Copying from one source is plagiarism but copying from many sources is research. Dengan berblogging, hubungan antara blogger makin rapat. Mcm ni laa yang diamalkan oleh Sahabat Blogger, komuniti online untuk para blogger beramah mesra sambil2 ping blog masing2… Nak beriklan xde masalah tapi susunan iklan jangan sampai ganggu pembaca. Nanti dengan secara automatik mood pembaca akan merundum then akan menyebabkan blog korang akan di senarai hitam drpada dilawati.