#prepaidcreditcard #debitcard – Kemudahan masa kini

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia. Bagi mereka yang biase shopping online, pembayaran secara maya adalah penting. Sama ada menggunakan Paypal, WorldPay, Credit Card, Debit Card mahupun Prepaid Credit Card. Namun ramai yang x tahu akan kewujudan Prepaid Credit Card dan perbezaannya berbanding Debit Card.

Credit Card / Kad Kredit:

Setiap kali anda menggunakan kad kredit, anda sebenarnya meminjam wang yang disediakan untuk anda oleh bank atau institusi kewangan yang lain. Institusi (bank) membayar hutang itu kepada penjual, dan seterusnya, anda membayar wang itu kembali kepada institusi (bank). Dengan mendaftar untuk kad kredit, anda bersetuju untuk membayar balik wang yang anda meminjam, sebagai tambahan kepada apa-apa faedah yang dikeluarkan ke atas jumlah yang anda meminjam. Namun bukan semua orang mampu mendapatkan kad kredit kerana terdapat syarat yang dikenakan terutamanya had gaji/pendapatan. Antara jenis kad kredit ianya Maybank MasterCard Credit Card atau Bank Islam Visa Credit Card.

Debit Card / Kad Debit:

Dikeluarkan oleh bank anda, kad debit mengambil wang secara langsung dari wang yang anda ada dalam akaun bank anda, dalam erti kata yang bertindak seperti cek, cuma ianya bertindak lebih cepat. Dengan kad debit, anda tidak perlu membawa wang tunai atau cek, dan ia sangat mudah untuk membeli-belah di pelbagai tempat termasuk stesen minyak, kedai-kedai runcit, restoran dan kedai-kedai runcit. Mereka menyediakan akses segera kepada wang anda dan diterima di seluruh dunia. Kad ATM bank juga bertindak sebagai kad debit.

Kad debit ini akan menjadi status HALAL apabila akaun simpanan yang dibuka adalah akaun Islamik. Ini kerana, namanya sahaja kad debit, namun ia tiada apa-apa nilai di dalamnya, melainkan 100% duit diambil dari akaun simpanan. Inilah konsep kad debit-akaun ini iaitu wang diambil dari akaun bank.

Kelebihan:

Penggunaan kad debit adalah terhad kepada dana yang sedia ada dalam akaun, seterusnya menghalang pengguna daripada berhutang akibat penggunaan, atau bayaran faedah, yuran lewat, atau yuran eksklusif untuk kad kredit . Ini adalah nilai tambah yang besar (add-on) bagi anda. Anda juga boleh menguruskan kewangan dengan mudah kerana kad debit dihubungkan terus kepada akaun bank anda. Jadi e-statement dapat di “generate” melalui Internet Banking bank anda.

Kekurangan:

Salah satu kelemahan terbesar kad debit adalah kemungkinan terdapat overdraf (terlebih guna). Overdraf berlaku apabila baki akaun anda tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk menampung pembelian. Pembelian anda masih berkuat-kuasa (valid). Overdraf pada akaun bank bukan sesuatu yang mustahil.

Prepaid Credit Card / Kad Kredit Prabayar:

Kad kredit prabayar yang membolehkan anda berbelanja sehingga jumlah maksimum yang anda top-up atau depositkan ke dalam akaun kad anda. Jika anda cenderung untuk mengeluarkan terlalu banyak wang atau ingin untuk mengawal perbelanjaan anda, maka kad debit prabayar dapat kad yang baik untuk anda. Kad Kredit Prabayar tidak mempunyai akaun secara langsung seperti Debit Kad. Jumlah yang anda top-up akan diapungkan secara langsung kepada nombor kad anda. Fungsinya 100% sama seperti kad kredit dan diterima seluruh dunia termasuklah Paypal, WorldPay dan sebagainya. Contoh penyedia Kad Kredit Prabayar ialah TuneMoney Visa Credit Card, Ambank NexG Prepaid MasterCard dan MOL Freedom Prepaid Mastercard.

Ramai yang menyebut ketiga-tiga kad di atas sebagai Kad Debit. Walaupun ia betul pada umumnya iaitu Kad Kredit Prabayae juga sejenis Kad Debit, tetapi dari segi teknikalnya adalah tidak. Kad prepaid berfungsi dengan sendirinya seperti yang diterangkan di atas.

Ustaz Zaharuddin ada mengatakan kad Tune Money halal untuk digunakan. Kata beliau:

“Konsep kad Prepaid The Money Shop ini ada banyak persamaannya dengan Kad Prepaid Tune Money di Malaysia, ia juga halal untuk digunakan oleh warga Malaysia di tanahair khususnya.”

Kelebihan:

Tiada peluang untuk berhutang. Kad ini adalah lebih selamat daripada kad debit biasa. Anda meletakkan sejumlah wang ke dalam kad dan kemudian anda hanya boleh menggunakan wang yang anda ada. Anda tidak mempunyai risiko overdraf.

Tidak memerlukan pengesahan pendapatan mahupun pekerjaan anda. Jika anda seorang pelajar, anda juga boleh memohon kad ini. Umur anda mestilah tidak kurang daripada 18 tahun.

Pemegang akaun boleh menambah wang ke kad kredit prabayar mereka pada bila-bila masa, atau wang boleh dipindahkan secara automatik dari akaun lain yang berasingan secara berjadual. Kadang-kadang, tidak ada bayaran yang berkaitan dengan kad sama sekali. TuneMoney menawarkan pindahan wang dari mana-mana bank secara online, tidak seperti MOL Prepaid Credit Card dan AmBank NexG.

TuneMoney hanya boleh didapati secara online dilaman rasmi TuneMoney dan mereka tidak mempunyai agen. Bagi MOL Prepaid Credit Card dan AmBank NexG Prepaid MasterCard, anda boleh merujuk kepada bank berkenaan.

Kekurangan:

Anda perlu meneliti terma & syarat kad berkenaan mengenai jumlah yuran yang perlu dibayar secara bulanan mahupun tahunan. Namun yuran yang dikenakan tidak tinggi dan ianya berbeza mengikut pengeluar kad.

Jika kad kredit prabayar anda dicuri, agak sukar untuk mendapatkan kembali wang tunai dalam kad anda. Jika kad kredit prabayar anda dicuri, anda hendaklah menghubungi pihak pengeluar kad dengan segera kerana penggunaan kad ini adalah mudah. Ianya TIDAK memerlukan nombor PIN untuk transaksi online. Nombor PIN hanya dibekalkan jika anda ingin membuat pengeluaran di ATM sahaja.

PENDAPAT PERIBADI:

Aku merupakan pengguna AmBank NexG sejak tahun 2008 (sejurus umur aku 18 tahun). AmBank memang mudah namun untuk top-up, kene guna CDM AmBank sendiri. Jadi agak susah nak top-up. Sejak awal tahun lepas (2010) aku telah berpindah kepada TuneIn daripada TuneMoney. Sememangnya awesome! Bukan setakat beli online, aku biase guna untuk shopping di MydinMall (kat Dungun ade ni jer) dan payment online untuk beli PizzaHut. Topup sememangnya mudah. Cuma buat online transfer sahaja dari mana-mana bank. TuneMoney juga ada portal sendiri, so senang nak tengok e-statement.

advert/1/tunein

Discuss - 19 Comments

  1. wazy says:

    sungguh lengkap sekali entri ni
    sesuai buat rujukan bagi mereka yang ingin melanggan
    debit card atau kredit card
    wazy recently posted..Khasiat KurmaMy Profile

  2. E.K says:

    Debit card = ada duit baru boleh pakai. :)
    E.K recently posted..#ThemeMy Profile

  3. syahrilhafiz says:

    tak perlu sangat kan?
    rasa sapa yang kuat angkat iOS/ OSX better ada satu, kalau tak sakit nak usung kad kredit..hehe
    syahrilhafiz recently posted..Lafaz Niat Puasa & Doa Buka PuasaMy Profile

  4. Fauzi Nor says:

    COmplete!!!! terbaik boleh menghasilkan entry yg macam gini..

    walaupun panjang aku habis baca okey.

    Ohsem!!
    Fauzi Nor recently posted..Gambar aneh di google mapMy Profile

  5. FD says:

    aku sudah ada pun kad ATM CiMB… so aku kne contact diorg dlu lah utk jadikan ia kad debit?

    btw, utk tunemoney, aku dah boleh daftar lah ni kan?

    “Jika anda seorang pelajar, anda juga boleh memohon kad ini. Umur anda mestilah tidak kurang daripada 18 tahun.”

    mengikut cara bro tulis, kat kredit lebih bagus dari kad debit.. setuju? tiada risiko overdraf ^.^
    FD recently posted..#EksperimenAsas – Membuka & Memasang LibLime KohaMy Profile

  6. Hafiz says:

    Aku sampai sekarang tak berani nak apply credit card. :)
    Hafiz recently posted..Koleksi Wallpaper Untuk Bulan Ramadhan IniMy Profile

  7. Omar says:

    Bagi aku, debit card dah memadai dah berbanding prepaid credit card.

    Credit card? No comment…
    Omar recently posted..Aplikasi Waktu Imsak dan Berbuka PuasaMy Profile

  8. Juan says:

    aku suker guna dua dua
    Juan recently posted..Delete the Undelete FilesMy Profile

  9. SS says:

    advert eh? *winkwink*
    bagi aku, debit card is for light shopper like me and most people and also have decent salary. credit card is vice-versa :D
    SS recently posted..Game Status dan Kotak Komen FacebookMy Profile

Add a Comment

Your email address will not be published. Note marked required (*) fields.

CommentLuv badge

myFirdaus on FB



review

ads