“Duit raya” RM500 untuk kakitangan awam, pesara
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan.
Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal. – BERNAMA
UPDATED:
KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.
“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. – BERNAMA



Discuss - 2 Comments
nk tnya..kakitangan sambilan/kontrak dpt x bonus duit rya rm500 ni??yela…kami ni kre kakitgn awam jgak..keja ngn govern..n leh kta beban keja yg kami tanggung kekdg lbh dri kakitgn tetap…smua pakat dok lambak…
stakat ni, xde lagi makluman dari Akauntan Negara ataupon dari Perbendaharaan mengenai pemberian kpd kakitangan kontrak… saya x brani nak bagi pendapat, cuma seperti yang sy kata kan, masih belum ada jwpan lagi untuk pemberian kpd kakitangan kontrak…