#aidilfitri – Bonus setengah bulan kakitangan awam.
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.”Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. – BERNAMA




Discuss - 15 Comments
aku bukanlah seorang penjawat awat.. so aku tak dapat rasa lah.. huhu…
FD recently posted..#SPM – Malam (Hari) Pertama, Cobaan
hahaha. sabau je. xpe2..

myFirdaus recently posted..#aidilfitri – Bonus setengah bulan kakitangan awam.
Alhamdulillah benar juga ura² ni… Tapi aku rasa sama je macam bantuan tahun lepas..hehe
E.K recently posted..#Theme
tau lpas rm500 jer utk sume. tau ni setengah bulan gaji. klau gaji sbulan rm6k, setengah bulan dh rm3k
myFirdaus recently posted..#aidilfitri – Bonus setengah bulan kakitangan awam.
Sama maksud aku yg berpendapatan rendah. Kesian jgk kt dorg
yup. tu r pasal. nsib baik minimum rm500. sian kat golongan pndapatan rendah walhal mereka yg generate semua kerja2…
myFirdaus recently posted..#aidilfitri – Bonus setengah bulan kakitangan awam.
Tula. Patut bagi je semua sama rata 2K sorg

E.K recently posted..#Theme
bestla sesape yang dapat bonus tu…huhu
anis afiza recently posted..Tercinta Sweet Setan Episod 1.3
kan… setengah bulan tuh
myFirdaus recently posted..#aidilfitri – Bonus setengah bulan kakitangan awam.
Wah..bes la dpt bonus.

abe goreng recently posted..Cara Pantas Dapatkan BUFFERED EARNING!!!
biase r. time raya mmg government akan bagi.

myFirdaus recently posted..#aidilfitri – Bonus setengah bulan kakitangan awam.
untung la…. student pulak?? hahhaa
Fauzi recently posted..[Edisi Khas] Kad Raya Untuk Follower dan Reader.
student hanya mampu tgok jer. klu yg parent dye government servant plak, sah2 pi paw parent masing2…

myFirdaus recently posted..#aidilfitri – Bonus setengah bulan kakitangan awam.
yeayy.. kakak aku mesti dapat bonus gak tu.. bleh la paw dia raya nanti.. hak3..
Anarm recently posted..Kerja-kerja Penyelenggaraan Bekalan Kuasa
hahaha. paw jgn x paw… setengah bulan gaji tuh.

myFirdaus recently posted..#aidilfitri – Bonus setengah bulan kakitangan awam.