[adult] Aku pegang jer… Mane lebih2…

Sudah hampir 5 tahun Hashim dan Aminah tidak mempunyai zuriat. Tiada rezeki katanya. Pasangan ni mengambil inisiatif pergi berubat untuk ‘menyuburkan’ sikit mereka nie kan. Alhamdulillah, akhirnya Hashim dan Aminah dapat anak buat pertama kalinya. Danial namanya.

Danial diberi kasih sayang yang melimpah ruah oleh kedua-dua ibu bapanya. Jangankan tendang, lempang jauh sekali. Maklum lah, anak tunggal mereka. Apa yang Danial pinta, segera Hashim tunaikan. PS3, Wii, cakap lah apa sahaja, tentu Hashim dan Aminah akan tunaikan.

Danial pon meningkat remaja. Walaupun Danial seringkali dimanjakan oleh orang tuanya namun die tidak lupa akan pelajaran. Danial kerap mendapat tempat pertama di dalam peperiksaan. Danial juga berjaya mendapat straight A’s dan melanjutkan pelajarannya ke universiti tempatan.

Semasa menuntut di universiti, Danial dikejutkan dengan berita kematian ibunya, Aminah. Hashim berasa sangat sedih begitu juga dengan Danial. Iye lah, sudah 25 tahun die berkahwin dengan Aminah.

Hari berganti hari, tahun bertuka tahun, akhirnya Danial sudah tamat belajar di universiti. Selang beberapa hari Danial keluar daripada universiti, Danial sudah mendapat kerja.

Danial bekerja dengan tekun tidak kira pagi petang siang malam untuk mencari rezeki untuk dirinya dan juga ayahnya. Danial juga mengumpul wang untuk perkahwinannya kelak.

Nak dijadikan cerita, setelah umur Danial mencecah 30 tahun, dia sudah menamatkan zaman bujangnya bersama dengan wanita pilihannya, Hanani yang dikenali sejak die menuntut di universiti dulu. Perkahwinan mereka amat meriah. Mereka melangsungkan perkahwinan mereka di hotel mewah atas titik peluh Danial mengumpul wang selama ni.

Danial mengambil keputusan untuk tidak berpindah ke rumah yang berasingan daripada bapanya atas sebab faktor kasih sayang. Hashim pon sudah tua mase ni. Tak sampai hati Danial nak tinggalkan bapanya tu keseorangan.

Pagi, Danial keluar bekerja. Isterinya menjaga rumah dan Hashim. Malam baru Danial pulang. Itulah rutin harian mereka sekeluarga.

Pada suatu tengah hari, Hanani sibuk mnyediakan makan tengah hari untuk dirinya dan Hashim. Hanani sentiasa memasak sesuatu yang sedap2 walaupun hanya mereka berdua je yang makan. Sedang Hanani menyiang ikan ntuk dimasak gulai lemak cili api, tiba-tiba die terase buah dadanya diraba oleh seseorang daripada belakang. Hanani dengan pantas menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya die apabila melihat raut wajah tue Hashim, dengan selambenye tanpa rasa bersalah merabanya. Hashim pon berlalu pergi ke ruang tamu seperti tiada apa pon yang berlaku.

Pada sebelah malam, setelah Danial pulang daripada kerja, Hanani pon menceritakan apa yang terjadi. Sukar untuk Danial percaya yang bapanya sanggup berkelakuan sebegitu terhadap isterinya. Hanani menceritakan kejadian tersebut dalam nada tersesak-esak. Danial rase takkan isterinya itu nak menipu dalam hal sebegini kot.

Danial dengan berangnya meluru ke arah bilik bapanya. Dalam kepalanya sudah tiada pertimbangan waras lagi dek kemarahan yang melampaunya itu. Danial membuka daun pintu dengan kasar. Terkejut Hashim dibuatnya. Danial pon menjerit, “Bapak, kenape bapak tak tau malu ha?! Kenape bapak selambe je rabe tetek bini saye?!” Hanani tidak menyangka suaminya akan naik hantu sampai begitu sekali. Hashim dengan tenang, berdiri dan menghampiri anaknya yang sudah tidak rupa seakan manusia tu sambil berkata dengan lantang, “Kau kecik2 dulu pon same jugak! Selambe je pegang tetek bini aku! Siap jilat2 hisap2 lagi! Ade aku marah?! Ade aku tengking kau?! Aku rabe je tetek bini kau! Ade aku hisap?! Ade aku jilat?!”

sekian sahaja bingkisan cerita yg dicedok dan ditambah perencah & secukup rasa untuk tatapan pembaca dewasa sahaja… budak2 x bleh… dari periuk belanga En Takenaga

Discuss - 17 Comments

  1. AyieBlog says:

    Hahahaha lawak2.. aku baca perenggang yang bawah dah gelak2.. lawak2.. adesss apa punya bapaklah.. adess

  2. syahrilhafiz says:

    hahaha..
    smart2..
    entri ni patut dikategori lawak tut..kekeke

  3. sudo apt-get install no-18-sx

  4. Affan says:

    lucah. fuuuuuuu.

    ceh, hukum berbeza tu.
    ada beza antara mak dan isteri :D

  5. balqis says:

    adoii..sabar jela cite nie..mule2 cite smpai ptengahan cite mcm baik jee..skali last2 lain plak jadiknye..haha~~~

  6. nash says:

    hahaha..tak boleh blah la bace bende nie..da la ko tag bende mengarut.. , cerita seks melayu, isap, isap tetek, jilat..hahhahaha :P

  7. akubiomed says:

    Penghujung cerita boleh diklasifikasikan 18sx :shock:

  8. slimdiet2 says:

    hahahaha.ni kategori lawak lucah nih

Add a Comment

Your email address will not be published. Note marked required (*) fields.

CommentLuv badge

myFirdaus on FB



review

ads